Followers

Saturday, June 13, 2009

Pengenalan

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang terdiri dari dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat.  Apabila sesuatu perkataan didalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan yang tersendiri dan hanya membawa makna asalnya.  Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan yang lain, maka maknanya akan berubah dari makna perkataan asalnya.

1) Ada air adalah ikan.
Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. 
Contoh ayat: Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air
adalah ikan.

2) Ada gula adalah semut
Maksud: Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai
orang berkumpul. 
Contoh ayat: Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

3) Air dicencang tidak akan putus
Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula. 

Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah 
berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

4) Ada buah
Maksud: Mempunyai sebab atau tujuan tertentu
Contoh ayat: Dia datang ke mari mesti ada buah yang hendak disampaikan. 

5) Adu kening
Maksud: Diperhadapkan atau diketemukan
Contoh ayat: Bila awak ingin adu kening dengan baktiar? tanya melati kepada safura.

6) Air emas
Maksud: Sesuatu yang diingati selama-lamanya
Contoh ayat: Pemberian Rosly itu akan menjadi air emas dalam diri Masni.

7) Anak mata
Maksud: Orang yang sangat dikasihi
Contoh ayat: Budak comel itu menjadi anak mata kepada keluarga pak Seman.

8) Anak tut
Maksud: Anak yang dipelihara sebagai anak sendiri
Contoh ayat: Apabila sudah berusia dua puluh satu tahun baru Nur Cia mengetahui yang dia anak tut. 

8) Angin-angin
Maksud: Khabar yang belum pasti kebenarannya
Contoh ayat: Penduduk dinasihatkan supaya tidak mendengar angin-angin yang boleh memecahbelahkan mereka 

9) Angkat mata
Maksud: Jika kita berbuat salah akan diumpat orang dibelakang kalau tidak didepan kita
Contoh ayat: Sebagai anak gadis kita mesti menjaga kelakuan supaya jangan sampai orang angkat mata

10) Bagai umang-umang
Maksud: Seseorang yang suka meminjam pakaian orang lain
Contoh ayat: Sikap Rina yang bagai umang-umang itu tidak disukai rakan-rakannya kerana habis semua pakaian mereka yang baharu dibeli dipinjamnya

11) Bahu-membahu
Maksud: Saling bekerjasama
Contoh ayat: Orang kampung saling bahu-membahu mengerjakan tanah sawah yang luas terbentang itu

12) Bakar darah
Maksud: Berasa hendak marah
Contoh ayat: Mumtaz tidak mahu bakar darah kerana itu boleh merosakkan hubungan dengan kawan-kawan

13) Balur liat
Maksud: Seorang yang pemalas
Contoh ayat: Semua kerja yang disuruh oleh ibunya tidak mahu dibuat kerana dia balur liat

14) Banyak lemak
Maksud ayat: Perangai atau kelakuan yangmelampaui batas
Contoh ayat: Sikapnya yang banyak lemak itu akhirnya merosakkan dirinya sendiri 

15) Basuh hati
Maksud: Melupakan segala kenangan yang mendukacitakan
Contoh ayat: Bahyah membawa diri ke Ausrtralia agar dapat basuh hati yang luka

16) Basuh kaki
Maksud: Membuat satu pekerjaan dengan senang
Contoh ayat: Selepas berkahwin, Suzzie basuh kaki sahaja ke rumah baharunya kerana segala kelengkapan telah disediakan oleh suaminya

17) Bendera batik
Maksud: Suami yang ikut perintah isterinya
Contoh ayat:  Abang selalu ditegur oleh ibu supaya jangan jadi bendera batik kepada isterinya

18) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

 Contoh ayat:  Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

19) Air pun ada pasang surutnya
Maksud: Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat: Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

20) Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud: Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat: Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.

21) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat: Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

22) Alah bisa, tegal biasa
Maksud: Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat: Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

23) Alah membeli, menang memakai
Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat: Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

24) Alah sabung, menang sorak
Maksud: Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat: Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

25) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh ayat: Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
26) Darah daging
Maksud: Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Contoh ayat: Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.

27) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: mengalami susah senang bersama-sama.
Contoh ayat:


28) Meninggi diri
Maksud: Sombong
Contoh ayat: Siti seorang budak yang suka meninggi diri

29) Bermuka dua
Maksud: Tidak jujur.
Contoh ayat: Peminpin itu selalu bermuka dua

30) Baik hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh ayat: Ibu saya seorang yang baik hati

31) Tulang belakang
Maksud: Punca kekuatan/ orang harapan
Contoh ayat: Generasi Y adalah tulang belakang negara

32) Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Contoh ayat: Seorang usahawan yang berjaya selalu mengamalkan kata-kata, bara yang digrnggam biar sampai jadi arang
33) Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: Sangat sedih atau kecewa.
Contoh ayat: Aiman berasa bagai kaca terhempas ke batu selepas kematian kedua ibu bapanya

34) Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Contoh ayat: Mendidik anak bagaikan melentur buluh dari rebungnya

35) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Contoh ayat: Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.

36) Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Contoh ayat: Kamil sentiasa menurut kemahuan rakan-rakannya sehingga dia dianggap seperti lembu dicucuk hidung

37) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Contoh ayat: Penduduk kampung Seri Setia yang mengamalkan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing telah menjadikan kampung mereka sebagai kampung contoh

38) Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Contoh ayat:

39) Terang hati
Maksud : Lekas pandai.
Contoh ayat:

40) Rendah hati
Maksud : Tidak sombong
Contoh ayat:

41) Murah hati
Maksud : Pemurah.
Contoh ayat: Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.

42) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Contoh ayat:

43) Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Contoh ayat:
 

44) Lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Contoh ayat: Penduduk kampung terus menderita akibat sikap lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan keperluan harian.

45) Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Contoh ayat:

46) Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Contoh ayat:

47)  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Contoh ayat:

48) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Contoh ayat:

49) Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Contoh ayat:
 
50) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Contoh ayat:

51) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Contoh ayat: Persahabatan mereka sangat akrab bagaikan bukit sama didaki lurah sama dituruni

52) Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Contoh ayat:

53) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Contoh ayat:

54) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Contoh ayat:

55) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
Contoh ayat:

56) Memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Contoh ayat:

57) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Contoh ayat:

58) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Contoh ayat:

59) Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Contoh ayat:

60) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Contoh ayat:

61) Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Contoh ayat:

62) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh ayat:
 
63) Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Contoh ayat:

64) Mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh ayat:

65) Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Contoh ayat:

66) Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Contoh ayat:

67) Berbesar hati
Maksud : Gembira.
Contoh ayat:

68) Anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh ayat:

69) Tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
Contoh ayat:

70) Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Contoh ayat:
 
71) Batu penghalang
Maksud : Halangan
Contoh ayat: Pemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu.

72)
Maksud :
Contoh ayat:

73) Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : Orang yang pulang ke tempat asal
Contoh ayat: